Siapakah Saya

Selamat Datang Ke AZAM.MY

Saya Nur Azam Bin Zamberi

Merupakan Agency Director yang mempunyai pengalaman lebih dari 13 tahun dalam dalam bidang jualan, pemasaran, mentoring dan motivasi.

Karier saya sebagai seorang ejen Etiqa bermula pada tahun 2006. Sebelum bergelar seorang ejen Etiqa, saya dahulunya adalah seorang supervisor yang berkhidmat di kilang multinasional semikonduktor di Ipoh, Perak. Saya diperkenalkan mengenai bisnes takaful oleh seorang teman lama dan terpanggil untuk menyertai perniagaan ini kerana mahukan pendapatan yang lumayan dengan hanya berbekalkan modal yang rendah dan juga membolehkan saya menjiwai satu karier yang professional, elegan, dan berlandaskan Syariah.

Sokongan dan doa dari ibu bapa, isteri dan anak ā€“ anak menjadi inspirasi saya untuk berjaya. Selain itu, saya juga amat mengagumi jutawan Tony Fernandez atas kebijaksanaannya didalam dunia perniagaan sehingga berjaya seperti sekarang. Tidak dilupakan juga rakan ā€“ rakan seperjuagan di dalam AG Group. Tanpa mereka, inspirasi saya tidak bermakna.

"Iā€™m inspired to be inspire."

Kepada ejen yang baru menempuhi perniagaan ini, anda mestilah menjadi seorang yang bercita - cita besar dan sanggup memberi komitmen dengan penuh disiplin. Tambahan pula, dengan perubahan suasana masyarakat yang lebih arif berkaitan pelbagai produk - produk kewangan di pasaran dan daya saing yang tinggi menjadi cabaran kepada ejen masa kini. Cintakan ilmu, susun atur bisnes harian anda mengikut apa yang telah ditetapkan mengikut sasaran anda. Be a good follower.

Saya percaya dengan prinsip untuk :

  • Memberikan kesedaran dan ilmu berkaitan sektor pengurusan kewangan islam, perancangan harta pusaka dan pengurusan risiko.
  • Melahirkan usahawan bertaraf jutawan, amanah dan berkaliber di industri kewangan Islam secara menyeluruh - Islamic Total Financial Planning